JETCOM

JETCOM

Sunday 8 December 2013

#PAU2013 : Tiga 'bekalan' UMNO teruskan perjuangan.


Tirai Perhimpunan Agung UMNO 2013 telah pun dilabuhkan.

Kalau di imbas kembali, usul usul dan cadangan yang dibentangkan oleh seluruh perwakilan. Jelas menunjukkan kesungguhan UMNO mahukan perubahan.

Andai kata, segala peringatan dan panduan yang dilaungkan di pentas PAU 2013 baru baru ini terlaksana... Pasti UMNO akan terus menjadi parti yang diterima rakyat dimasa hadapan.

Antaranya, tiga mesej disampai YAB Presiden parti dalam ucapan penggulungannya di akhir perhimpunan. Itu adalah 'bekalan' kepada ahli-ahli parti bagi meneruskan perjuangan.


Beliau berkata, mesej pertama ialah perhimpunan itu dengan jelas menyatakan kesungguhan kerajaan meninggikan syiar dan syariat Islam di tanah air serta mempertahankan kemuliaan dan kesucian agama Islam.

"Ini mesej yang bergema daripada Perhimpunan Agung UMNO ke-67 ini. Dalam hal ini kalau ada pihak yang tidak menerima hakikatnya, saya bersetuju apabila ada seorang perwakilan kata kalau dah buta hati, kita buat baik pun tidak terima kebaikan kita tetapi percayalah kita tidak merasa lemah semangat kerana UMNO berada atas landasan betul dan benar," katanya.

Najib yang juga Perdana Menteri berkata, bagi mempertahankan akidah umat Islam beliau telah berbincang dengan Timbalan Presiden UMNO Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk meminda Fasal 3 Perlembagaan UMNO.

"Kita akan pinda fasal 3 dalam Perlembagaan UMNO yang mana bukan lagi sebut Islam agama persekutuan, tetapi kita akan kata Islam agama persekutuan berasaskan pegangan ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Untuk mesej kedua, kata Najib, UMNO akan bersungguh-sungguh dalam perjuangan memperkasa agenda ekonomi bumiputera.

"Sebab itu saya kata demi keadilan sosial dan kestabilan jangka panjang, kedudukan orang Melayu dan bumiputera mesti ditingkatkan."Jangan apologetik, ini hak kita, ia mesti dilaksanakan tapi kita tidak menafikan hak kaum lain," katanya.

Sehubungan itu juga Perdana Menteri melontarkan persoalan, apakah perkembangan kaum lain terbantut atau terpinggir apabila kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

'' Adakah rezeki mereka terputus? Terbukti bahawa kerajaan di bawah pimpinan UMNO adil kepada semua kaum," kata beliau.

Najib juga secara tegas mengingatkan semua pihak supaya tidak menuduh UMNO bersikap perkauman apabila memperjuangkan nasib orang Melayu dan bumiputera.

"Kami tidak rasis dan sama sekali tidak akan rasis. UMNO sentiasa adil kepada semua. Kita hendak mereka maju bersama kita, sama ada orang Cina, India, Iban, Kadazan, tetapi kepimpinan negara ini terajunya mesti dipegang oleh UMNO," katanya.

Najib juga menarik perhatian perwakilan apabila menegaskan:

''…di bawah UMNO orang lain boleh mendapat keadilan, di bawah orang lain, tidak pasti orang Melayu mendapat keadilan."

Mesej ketiga pula, kata beliau, berkaitan transformasi dalam UMNO yang memerlukan ahli-ahli parti itu melakukan perubahan sikap.

"Kalau kita hendak lakukan perubahan, orang putih kata 'business as usual' tidak boleh, sebab landskap politik negara sudah berubah, landskap politik dunia sudah berubah," katanya.

Sambil mengimbas nasib Parti Kongres di India, LDP di Jepun dan Golkar di Indonesia yang kehilangan kuasa pemerintahan negara, Najib mengingatkan, tiada parti politik yang kebal.

"Masakan UMNO boleh kebal. Kita tak kebal. Hanya parti yang sanggup berubah ikut tuntutan zaman menjadi parti elevan dan parti itu akan terus memegang tampuk kepimpinan negara," katanya.

Najib berkata, UMNO mesti menampakkan sebagai parti masa depan dan bukannya parti yang terus bergantung kepada kecemerlangan perjuangan zaman silamnya.

Antara lain, berikut disertakan petikan ucapan dasar Presiden yang boleh di tonton dan diimbas kembali. - Mael

KLIK DIBAWAH : 
Petikan Ucapan Dasar #PAU2013
http://www.youtube.com/playlist?list=PLupwRxld4gl148kl8smT1m9FvJe2voyP5

No comments:

Post a Comment